"Dia Ingat Dia Siapa?" - Usahawan Crepe Viral Tak Puas Hati Kena Angkat Barang Sendiri

2 Feb 2023 • 2:26 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Antara usahawan yang tidak asing lagi namanya di TikTok, sudah tentu Kieda Crepe. Ramai pelanggan yang sanggup beratur berjam-jam demi membeli dan menikmati keenakan crepe yang dihasilkan oleh Kieda.

Kieda yang mengusahakan kedai makanan di Kepala Batas menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut antaranya kek, puding dan biskut. Senang cerita memang viral habis!

Namun baru-baru ini, satu kenyataan Kieda di satu sesi live menarik perhatian netizen.

Majoriti netizen bersepedapat bahawa mengangkat barang pelanggan bukan tanggungjawab seorang staff pasar raya. Ada juga yang memerli Kieda, tingkahlakunya kebalakangan ini semakin berubah. Mungkin kerana kejayaan hasil perniagaannya.