“Dia Ingat Style?” – Pakai Tudung Menyerupai Rambut, Masya Masyitah Dikecam Netizen

Women's Fashion
3 Nov 2022 • 1:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, nama penyanyi remaja Masya Masyitah semakin meningkat naik apatah lagi selepas sering dilihat menggayakan pakaian yang menimbulkan kontroversi dan tidak bersesuaian dengan imej berhijab.

Baru-baru ini, Masya sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila memuat naik hantaran di laman Instagram memaparkan dirinya mengenakan fesyen tudung ala-ala rambut tocang.

Menerusi hantaran tersebut, bekas peserta Ceria Popstar 2 itu turut dilihat memakai tshirt berwarna hitam bersama seluar jeans dan hiasan topi beanie sewaktu berada di Dubai.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang tampil memberi teguran kepada Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam cara pemakaian tudung Masya yang menyerupai rambut dan menegaskan soal hukum perbuatan tersebut di dalam agama Islam.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Minah Ni Tak Malu Ke?" - Leona Tayang Kostum 'Halloween', Netizen Kata Nampak Macam 'P*rn Star'