“Dia Janda Ke?” – Tular Gambar Baby Shima Kahwin Cetus Tanda Tanya Netizen

Entertainment
18 Aug 2022 • 12:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang mendedahkan beberapa keping gambar memaparkan penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima.

Menerusi video tersebut, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli dilihat memakai busana pengantin bersama seorang lelaki dipercayai suaminya di sebuah majlis akad nikah.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut melihat gambar tersebut dan mempersoalkan tentang keberadaan suaminya dan status terkini penyanyi itu.

Janda ke dia? – Netizen.

Baby Shima tu dah kahwin dulu tapi mana pergi lakinya,” tulis seorang pengguna TikTok.

Malah, menurut sebuah laporan daripada Berita Harian pada tahun 2015, Shima telah memilih pengurusnya, Mohd Afrendie Affendy atau lebih dikenali sebagai Andy sebagai bakal suaminya.

image is not available

Majlis perkahwinan Baby Shima dan Andy telah berlangsung pada 7 Jun 2015 di Dewan Azalea, Johor Baharu selepas mereka bertunang dalam satu majlis ringkas di Sabah, 1 Mei 2015 dengan dihadiri keluarga terdekat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hari lalu

"Mereka Yang Banyak Tonton Dan Berimaginasi" - Baby Shima Tak Kisah Dikecam 'Ghairah' Bergelek