Selepas “Snowdrop”, Ji-soo BLACKPINK akan kembali dengan projek lakonannya yang seterusnya iaitu “Newtopia”!
Diterajui Ji-soo dan Park Jung-min, “Newtopia” akan mengikuti proses askar Jae-yoon dan teman wanitanya Young-joo, bertempur melawan zombi dan berlari ke arah satu sama lain dengan latar belakang unit pertahanan udara di sebuah bangunan tinggi di Seoul.
Memandangkan ini adalah drama kedua Ji-soo sebagai pelakon utama selepas “Snowdrop”, pengarah Yoon Sung-hyun akui bahawa dia sedikit risau dengan lakonan wanita tersebut. Luahnya,
Dia dah lama tak aktif selepas ‘Snowdrop’ jadi, saya pada mulanya risau. Dia bukan seorang yang konsisten berlakon jadi saya mempunyai sedikit kebimbangan pada mulanya.

Namun, pengarah menjelaskan,
Pada masa penggambaran bermula, dia sudah bersedia sepenuhnya. Ia adalah penggambaran yang sangat sukar tetapi, dia melakukan kerja yang hebat. Jadi, kebimbangan itu pun hilang.
Sementara itu, “Newtopia” akan mula disiarkan pada 7 Februari ini. Jangan lupa tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Dia Jarang Berlakon..” – Pengarah Akui Risau Dengan Lakonan Jisoo BP Untuk ‘Newtopia’ Pada Awalnya first appeared on KimchiDaily.my.

