“Dia Kacak..” – Sweet! Son Yejin Beri Pujian Melambung Buat Hyunbin

Entertainment
7 Jul 2024 • 1:06 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Memang cinta mati betul Son Ye-jin dengan suaminya, Hyunbin.

Terbaru, pelakon wanita itu telah menghadiri Bucheon International Fantastic Film Festival ke-28 dan ditemubual dengan lebih lanjut mengenai karier dan kehidupan peribadi.

Apabila ditanya oleh peminat apa yang membuatkan dia mahu menghabiskan kehidupan bersama Hyunbin, jawab Son Ye-jin tersipu malu,

Dia bijak. Dia jujur dan rasional. Dia bukanlah seseorang yang berpura-pura, apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat. Dan… ia juga tentang penampilannya. Dia kacak dan tinggi, dan boleh diharap.

Malah wanita tersebut mengakui selepas mereka bekerja dalam beberapa projek bersama, dia merasakan bahawa personaliti lelaki itu sangat mirip dengannya.

Ala ala sweetnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.