“Dia Kahwin Dengan Saya Bukan Sebab Cinta” – Watie Dedah Dia Dan Shuib Kahwin Sebab…

Family & Parenting
20 Jul 2026 • 4:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah menafikan dakwaan bahawa suaminya terlalu cepat membuka hati selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah.

Menerusi sebuah sesi temu bual podcast, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menjelaskan bahawa keputusan Shuib untuk mengenalinya dengan lebih rapat dibuat demi kepentingan anak-anak.

Advertisement

Menurut Watie, rumah tangga yang dibina mereka bukan hanya berlandaskan cinta, sebaliknya turut mengambil kira keperluan anak-anak Shuib untuk memiliki figura seorang ibu dalam keluarga.

“Zaman dia (Shuib) kenal saya, orang cakap dia kemaruk bercinta. Latar belakang saya pula ketika itu seksi.

“Sebenarnya tidak. Saya saja yang tahu. Dia berkawan dengan saya memang hanya untuk anak-anak.

“Saya bagitahu dia, yang saya tahu. Dia kahwin dengan saya bukan sebab cinta tapi sebab anak.”

Watie turut mendedahkan bahawa pada awal perkenalan mereka, dia lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak tirinya berbanding keluar berdua dengan Shuib.

View this post on Instagram

Katanya, ketika itu Shuib masih bergelut dengan kesedihan dan sering termenung mengenangkan arwah isterinya.

“Pada ketika itu, saya suka dia. Saya nampak dia masih termenung, masih dengan kesedihan dia.

“Kalau ada 24 jam, 23 jam saya dengan anak-anak tiri. Memang kebanyakan masa saya dengan mereka.”

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah2026-07-20 15:11:27

"Rasa Tak Percaya.." - Bella Astillah Teruja Bertemu Tun M, Terima Nasihat Rumah Tangga Sebelum Berkahwin Dengan Syed Saddiq

The post “Dia Kahwin Dengan Saya Bukan Sebab Cinta” – Watie Dedah Dia Dan Shuib Kahwin Sebab… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved