“Dia Kan Dah Cantik..” – Nampak Berbeza Kini, Lee Jiah Dikritik Dek Sering ‘Ubah Wajah’

31 Jan 2024 • 11:49 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Lee Ji-ah dikatakan telah ‘ubah wajah’ sekali lagi?

Baru-baru ini, Lee Ji-ah telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan YouTube Zzanbro bersama Kang Ki-young, bagi mempromosikan drama mereka “Queen of Divorce”.

Namun dalam video itu, netizen menyedari perubahan wajah Lee Ji-ah yang kelihatan sangat berbeza dari sebelum ini, dan didakwa sukar untuk dikenali.

image is not available

Selepas melihat transformasi wanita itu, ramai yang memberi respon negatif dan mempersoalkan sebab Lee Ji-ah sering melakukan perubahan di wajahnya meskipun sudah cantik.

Antara komen yang ditulis,

Kenapa dia asyik kena mengubah wajahnya yang sudah cantik…? Serius saya nak tahu.

 

Muka dia berubah..sekali lagi.

 

Itu Lee Ji-ah? Saya tidak mengenalinya. Dia nampak berbeza.

 

Hmm, dia pastinya telah melakukan banyak ‘kerja’ di mukanya.

Hmm, korang rasa dia nampak berbeza ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.