“Dia kelakarlah” -Dr Sam sifatkan dakwaan PAS bakal hilang 37 kerusi tak berbaloi dilayan

LocalPolitics
17 Jan 2026 • 1:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan dakwaan bahawa PAS bakal kehilangan 37 kerusi Parlimen sekiranya beliau menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai sesuatu yang tidak serius dan mengundang reaksi sinis.

Dakwaan PAS bakal hilang 37 kerusi pandangan peribadi

Ahli Parlimen Kemaman itu bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad, sebaliknya memilih untuk tidak memberi sebarang perhatian lanjut terhadap dakwaan tersebut.

“Biar dia goreng lah setakat mana dia nak goreng… Dia tu kelakarlah. Not worth it even a single cent to say anything to him. Let him be (Tidak berbaloi walau sesen pun untuk berkata apa-apa kepadanya. Biarkan dia,” katanya ringkas.

image is not available

Zaharudin dakwa PAS bakal hilang 37 kerusi jika Dr Sam ambil alih kepimpinan PN

Terdahulu, Zaharudin dilaporkan berkata PAS berisiko kehilangan 37 kerusi Parlimen sekiranya Ahmad Samsuri mengambil alih kepimpinan PN, dengan kesimpulan itu dibuat berdasarkan data dalaman parti yang bagaimanapun tidak didedahkan.

Menantu kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan desakan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin digantikan, sambil memberi amaran langkah sedemikian boleh memberi kesan buruk kepada parti dan negara di bawah beberapa senario tertentu.

image is not available

Artikel lain: Menantu Hadi sifatkan Tuan Ibrahim paling layak jadi Perdana Menteri, Pengerusi PN

Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut dinafikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan ia hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian parti.

“Jika kita melihat kepada pencapaian kerajaan Terengganu di bawah kepemimpinan beliau, PAS mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan dengan memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Terengganu,” katanya.

image is not available

Sumber: Berita Harian (Noor Atiqah Sulaiman)

View Original Article