“Dia Kena Maki..” – Lee Kwangsoo Sering Dimarahi Kim Jongkook?

Music
26 Nov 2023 • 3:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Umum mengetahui bahawa Lee Kwang-soo mempunyai hubungan yang akrab bersama ramai rakan pelakon lelaki di dalam industri lakonan Korea.

Dalam episod terbaru “Reap What You Sow”, Cha Tae-hyun telah menyertai ahli lain seperti Kim Woo-bin, Do Kyung-soo, Kim Ki-bang dan Lee Kwang-soo dan sempat bercerita mengenai dinamik hubungan mereka.

Apabila bercerita, hubungan mereka sebenarnya berpusat dek persahabatan dengan Jo In-sung. Tanya Lee Kwang-soo pada Cha Tae-hyun, bagaimana mereka mula berjumpa,

Kami berkenalan kerana banyak melepak sekali.

Usik lelaki tinggi lampai itu,

Sama seperti apabila kalian minum bersama dan tiba-tiba memanggil saya?

image is not available

Tambah Cha Tae-hyun,

Saya jarang berjumpa Lee Kwang-soo tapi ada seorang yang saya kenal sering memakinya. Dia selalu mencarut pada Lee Kwang-soo.

Maraj Lee Kwang-soo dan bertanya siapakah gerangan orang itu, jawab Cha Tae-hyun,

Kim Jong-kook. Dia selalu berkata, ‘Ah.. bukan Lee Kwang-soo…’

Bagi yang tidak mengetahui, “Reap What You Sow” ialah program dokumentari yang menggambarkan kehidupan bercucuk tanam di pinggiran bandar bersama sekumpulan sahabat itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.