“DIA lebih mengetahui apa yang terbaik”- Pertama kali lihat Mizz Nina menitiskan air mata, peminat doakan terus cekal

Entertainment
26 Aug 2022 • 11:36 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Serah segala ketentuan kepada ALLAH - Mizz Nina

“DIA lebih mengetahui apa yang terbaik”. Demikian tutur penyanyi, Mizz Nina dalam satu video yang tular di laman sosial.

Sejak mengumumkan perpisahan dengan vokalis Hujan, Noh Salleh selepas 11 tahun berumahtangga, Mizz Nina terus positif berkongsi kebaikan dan tip keagamaan menerusi laman sosial.

Tidak hanya itu, Mizz Nina turut menjadi tetamu ke persidangan Spiritual Summit 2022 anjuran Safinah Institute.

Di kesempatan itu, beliau berkongsi tentang tajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure.’

“DIA (ALLAH) mengetahui yang terbaik untuk kita semua. Mungkin kita perlu ubah cara berfikir. Sesuatu berlaku, sama ada kesukaran atau kesenangan.

“Jika diuji dengan kesenangan, kita bersyukur. Jika diuji kesukaran, bersabar. Kita boleh bersyukur juga di dalam kesukaran, masya-ALLAH,” tuturnya.

image is not available

Dalam pada itu, Mizz Nina turut menyentuh tentang perjuangan seorang wanita melalui fasa penceraian. Beliau dilihat sebak dan sesekali menyapu air mata.

“Wanita itu berkata ‘bagaimana saya hendak lalui semua ini?’ dan dia hanya kembali kepada ALLAH dan bersyukur kepada ALLAH.

“Ia satu kehilangan tapi dia bersyukur suaminya sudah menghabiskan masa bertahun-tahun bersamanya. Subahanallah,” katanya.

image is not available
Kredit foto: Instagram mizznina

Video berdurasi satu minit 23 saat itu menyebabkan warga maya turut sebak. Rata-rata memberikan kata-kata semangat dan mendoakan ketabahan buat pengasas aplikasi muslim Qalby App itu.

-“Dia wanita kuat. Dia wanita yang sudah mendapat hidayah dari ALLAH dan dia menggenggamnya sekuat-kuatnya.”

-“ALLAH sentiasa menguji orang-orang yang sabar. Semoga ALLAH sentiasa melindungi”

-“Tenang sahaja wanita hebat ini walaupun dalam keadaan terbeban. Semoga aku juga sekuat kamu.”

-“Mama Nina seorang yang kuat insya-ALLAH doa banyak-banyak, semoga temui bahagia di penghujung jalan.”

-”Bila tengok hijrah beliau sangat ikhlas. ALLAH ingin mengangkat darjatnya lebih lagi. Semoga Nina terus terbang tinggi.”

-”Be strong Nina, ALLAH bersamamu.”

-”Pertama kali dalam hidup aku lihat wanita hebat ini menangis. Kuatkan semangatmu Mizz Nina.”

image is not available
Kredit foto: Instagram QalbyApp

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan