“Dia Licik Susun Atur Langkah” – Hantaran Terbaru Ruhainies Undang Perhatian, Jawab Isu JAWI Datang Ke Rumah

LocalEntertainment
25 Apr 2026 • 11:35 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama pelakon Ruhainies sekali lagi menjadi sebutan hangat apabila beberapa perkongsian terbarunya di Threads mula tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lebih mencuri perhatian apabila Ruhainies turut menjawab mengenai serbuan yang dibuat pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di kediamannya dua tahun lalu.

Ruhainies jelaskan JAWI hanya jalankan tugas

Menerusi balasan kepada netizen, Ruhainies tampil menjelaskan bahawa JAWI hanya menjalankan tugas mereka seperti yang ditetapkan.

ruhainies
Kredit foto: Thread Ruhainies

Kata Ruhainies lagi, jika didapati berdua-berduaan sama ada di dalam kereta, pejabat, rumah atau di mana tempat ianya tetap salah di sisi Islam lebih-lebih apabila sudah mempunyai suami.

Sebab ada yang berduaan “lebih dari itu” pun tak pernah jawi sampai sebab dia licik susun atur langkah. Bukan bermaksud dia TAK SALAH. Cuma tak dapat di tangkap sahaja. Di mata manusia mungkin mulia sebab tak ditangkap semasa membuat kesalahan itu sahaja. Walaupun buat lebih dari berpuluh kali. BTW saya suka orang yang sempurna macam awak.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mencetuskan spekulasi apabila ada netizen mendakwa kenyataan itu seolah-olah ditujukan kepada seseorang walaupun tidak menyebut nama secara khusus.

Namun Ruhainies menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa ia hanyalah sekadar contoh.

Btw, why you cakap indirectly abt her? Ni kan CONTOHHHH. But if the shoe fits, feel free to wear it, cinder-ella.

Tidak berhenti di situ, Ruhainies turut menegaskan bahawa dia mahu semua pihak bercakap jujur mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

ruhainies

Untuk rekod, Ruhainies sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi membabitkan Aliff Aziz, suami kepada Bella Astillah.

Walaupun isu tersebut sudah lama berlalu, namun setiap kenyataan baru yang dimuat naik dilihat terus menghidupkan kembali perbualan dalam kalangan netizen.

Pssttt! Bila isu lama diungkit kembali, memang macam-macam yang diperkatakan netizen. Apa-apa pun hal yang berlalu biarlah berlalu, lebih baik fokus ke hadapan je.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Dia Licik Susun Atur Langkah” – Hantaran Terbaru Ruhainies Undang Perhatian, Jawab Isu JAWI Datang Ke Rumah appeared first on Oh! Media.
View Original Article