“Dia Macam Jeon Somin” – ‘Kegilaan’ Dipuji, Ahli ‘Running Man’ Mahu Shin Yeeun Jadi Ahli Tetap?

Music
26 Nov 2023 • 8:21 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Adakah “Running Man” sudah menjumpai ahli baru untuk menyertai rancangan mereka secara tetap?

Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli termasuk tetamu iaitu Shin Ye-eun dan Hong Jin-ho telah merantau serata Singapura untuk bahagian keduanya. Untuk kali ini, mereka perlu bergerak secara berpasangan bagi menyelesaikan misi dan mengelak dari terkena hukuman berat di penghujungnya.

Dipasangkan bersama Shin Ye-eun, Yang Se-chan berterusan mengeluh dan mengatakan bahawa mereka tidak padan bersama,

Selepas bersembang sekejap dengan awak, nampaknya kita memang tak serasi.

Balas pelakon wanita itu,

Betul lah cakap Jeon So-min.

image is not available

Balas Yang Se-chan lagi,

Saya cuba menyesuaikan diri, dia sama seperti awak. Kalau bercakap, tak nak kalah langsung.

Shin Ye-eun turut memaparkan sisi yang tidak dijangka apabila mencium kakinya sendiri apabila disuruh mengurut kaki. Kata Yoo Jae-suk,

Kalau awak tak kisah, datang lah lagi minggu depan.

Gelak Ji Suk-jin pula,

Ini kali pertama saya lihat pelakon wanita mencium kakinya seperti itu.

Kelakar lah Shin Ye-eun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.