“Dia Merayu Pada Saya, Tiada Maaf Bagimu” – Yusof Haslam Gugur Pelakon Disyaki Positif Dadah

LocalEntertainment
8 Jul 2026 • 3:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pelakon di bawah Skop Productions yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pendirian itu dibuat susulan penahanan seorang pelakon wanita yang membintangi drama Gerak Khas Undercover 2.0 bagi membantu siasatan selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine.

Advertisement

yusof hslam

Menurut Yusof, pihaknya mengambil keputusan menggugurkan pelakon tersebut serta-merta walaupun penggambaran hanya berbaki kira-kira dua episod.

“Tiada maaf bagimu.”

“Penggambaran tinggal kira-kira dua minggu sahaja lagi selepas dimulakan sejak Disember 2025. Kita baru buat majlis pelancaran dan dah disiarkan pun untuk minggu kedua.

“Ikutkan memang dia pun masih ada banyak babak lagi untuk dua episod terakhir siri ini, tetapi kita nekad buat keputusan tegas.

“Kalau drama ini disambung untuk musim akan datang pun, nama dia tiada dalam senarai. Kalau kami tahu lebih awal, memang takkan ambil dia,” katanya kepada media.

Yusof berkata sejak awal lagi beliau sentiasa mengingatkan semua pelakon dan kru agar menjauhi dadah serta menjaga nama baik produksi dan imej pasukan polis yang dibawa dalam drama tersebut.

Menurut Yusof, pelakon berkenaan turut merayu supaya dibenarkan menghabiskan baki penggambaran, namun beliau tetap bertegas dengan keputusannya.

“Dia merayu kepada saya, minta dihabiskan penggambaran. Saya cakap, ‘no, enough is enough. I have to drop you.’ (Cukup, saya kena gugurkan awak).

“Saya beritahu dia, untuk produksi Skop selepas ini memang saya tak akan ambil lagi. Apatah lagi untuk drama kepolisan,” katanya.

Tambah beliau, sepanjang hampir lapan tahun bersama francais Gerak Khas, pelakon itu tidak pernah mempunyai masalah disiplin, menyebabkan kejadian tersebut amat mengecewakannya.

“Dah Bagi Amaran Tapi Dia Tak Dengar” – Datuk Yusof Haslam Kesal Pelakon Drama Gerak Khas 2.0 Ditangkap

Yusof turut menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan berharap insiden itu menjadi pengajaran kepada semua warga industri supaya sentiasa menjaga disiplin serta integriti. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Dia Merayu Pada Saya, Tiada Maaf Bagimu” – Yusof Haslam Gugur Pelakon Disyaki Positif Dadah2026-07-07 20:49:48

Pelakon Wanita 'Drama Kepolisan' Ditahan Positif Dadah

The post “Dia Merayu Pada Saya, Tiada Maaf Bagimu” – Yusof Haslam Gugur Pelakon Disyaki Positif Dadah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved