“Dia Mimpi Ngeri Setiap Malam, ‘Triggered’ Bila Nampak Keluarga Bahagia” – Shu Dedah Humairah Jalani Rawatan Psikiatri

Family & Parenting
7 Apr 2023 • 12:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada atau mesra dipanggil Shu ada berkongsi tentang keadaan anak perempuan mereka.

Menurut Shu, Humairah terkesan dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka kerana menjadi saksi banyak perkara yang berlaku.

image is not available 2 minggu lalu

"Paling Terkesan, Semua Jadi Depan Mata Dia" - Guna 'Hashtag' #ChildPsychiatry, Anak Shuhada Sedang Terima Rawatan?

Semalam, menerusi Instagram Shu akhirnya berkongsi tentang perkembangan terkini Humairah selepas dia membawa kanak-kanak itu untuk mendapatkan rawatan psikiatri.

Bukan itu sahaja, Shu turut berkongsi tanda-tanda dan bagaimana dia dapat kesan anaknya mengalami gangguan dan perlu dirawat.

Dia mula mengalami mimpi ngeri setiap malam, dia menangis nak perhatian seperti apa yang selalu bayi buat. Selalu termenung, takut nak cakap dengan saya. Dia tak ingat ABC, 123…”

image is not available

Bukan itu sahaja, menurut Shu guru yang mengajar Humairah di sekolah juga turut perasan dengan perubahannya dan ketika itulah dia dan ibunya berbincang untuk mencari solusi.

Shu telah membawa Humairah ke klinik swasta dan kemudian dirujuk ke Hospital Tunku Fauziah di Kangar bagi menerima rawatan sepatutnya.

Humairah juga turut mempunyai simptom lain iaitu akan mudah rasa triggered apabila nampak keluarga bahagia dan memberitahu Shu,

Ibu, seronoknya kawan ibu ada keluarga bahagia.”

image is not available image is not available

Tambah Shu lagi, selepas tiga kali temu janji bertemu doktor psikiatri, Humairah menunjukkan perubahan positif dan semakin pulih.

Perkongsian Shu meraih perhatian pengikutnya yang turut berterima kasih kerana menyebarkan tentang kesedaran kesihatan mental kanak-kanak.

Ada yang turut bertanya tentang klinik dan rawatan yang dilakukan kepada Humairah kerana memiliki anak yang mempunyai situasi sama sepertinya.