'Dia mungkin sakit sangat, tapi tak mahu orang bersedih' – Sathiya ceria walau diuji

LocalHealth & Fitness
13 Mar 2026 • 2:53 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAWAK dan pelakon veteran Sathiya Periasamy, 62, baru-baru ini menjalani pembedahan memotong kaki kirinya susulan komplikasi kencing manis.

Dalam perkongsian oleh Caca Raja Lawak yang menziarahi artis senior itu, dia menzahirkan simpati atas ujian yang dihadapi Sathiya. 

Malah, kata Caca, Sathiya menunjukkan semangatnya yang luar biasa sempat menghiburkan tetamu yang menziarahi.

“Dia mungkin sakit sangat, tapi demi tidak mahu orang bersedih di atas apa yang berlaku, dia tetap kuatkan semangat.

"Boleh lagi hendak hiburkan semua orang. Semoga menjadi inspirasi kepada semua orang. Sathiya the legend,” kata Caca. 

Dalam perkembangan terbaharu, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen bulanan sebanyak RM500.

Pengerusinya, Datuk DJ Dave berkata, Sathiya layak mendapat bantuan berkenaan berikutan kaki kirinya terpaksa dipotong akibat komplikasi kencing manis.

image is not available

Memetik portal berita tempatan, DJ Dave sedang pertimbangkan untuk menyenaraikan Sathiya sebagai penerima kelapan berikutan keadaannya yang mungkin tidak lagi mampu bekerja.

Katanya lagi, YKAT turut berusaha mendapatkan bantuan kaki palsu sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk Sathiya.

“Kaki palsu tersebut sudah pun siap namun belum dapat digunakan Sathiya kerana luka pembedahan masih belum sembuh,” ujarnya.

Sekadar rekod, Sathiya terkenal menerusi watak Ravi dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada dekad 90-an.

Dia pertama kali terlibat untuk sebuah program komedi berbahasa Tamil di RTM berjudul Kalapadam pada 1 Februari 1985 yang seterusnya membawa Sathiya ke pentas seni tanah air.

Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, sitkom Baba & Nyonya antara rancangan yang menaikkan namanya.

Sathiya turut membintangi filem seperti Yes, Tuan, KL Menjerit, Setem, Man Laksa, Senario Asam Garam, Gila Gila Remaja 2, Cicakman dan Appalam.

Sumber: Kosmo, Instagram Caca Dboss

 

 

View Original Article