“Dia Nak Masuk Tapi..” – Netizen Harap Caprice Tak Campur Kes KPM Cikgu Fadli

17 Oct 2022 • 11:50 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh sejak semalam kes melibatkan Cikgu Mohd Fadli Salleh yang telah menerima surat tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat.

Difahamkan, tindakan bakal diambil kerana Cikgu Mohd Fadli didakwa tidak menggunakan saluran yang betul meluahkan isu melibatkan sistem pendidikan negara.

Pendedahan Cikgu Mohd Fadli itu telah mendapat sokongan ramai sehingga meraih 99,000 shares di Facebook.

Harap Caprice jangan masuk campur

Namun, seorang pengguna Facebook, Khairul Faizie berseloroh berharap penyanyi rap Caprice tidak ulas isu semasa yang ‘panas’ dibincangkan di media sosial ketika ini.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, Cikgu Mohd Fadli membalas Caprice ada buat cubaan itu tapi dia tak layan buat masa ini.

image is not available

Di Instagram Story, Caprice berkata dia menerima banyak Direct Message (DM) mengenai kes baru melibatkan Cikgu Mohd Fadli. Dia meminta sesiapa mengenali cikgu ini supaya menghubunginya.

Netizen turut menyokong tindakan Cikgu Mohd Fadli tak melayan permintaannya dan berharap kes ini selesai dengan cara baik demi kepentingan semua.

Kredit: Facebook Khairul Faizie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.