“Dia Ni Banyak Kes” – Netizen Dakwa Lelaki Scam Kedai Tomok Terkenal Di Shah Alam, Sudah Banyak Tipu Mangsa

Entertainment
9 Dec 2022 • 4:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Individu scam pekerja tomok terkenal di Setia Alam

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang dikongsikan oleh penyanyi dan juga usahawan, Tomok yang meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan seorang pelanggan yang didakwa menipu di premis perniagaan minuman miliknya.

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan oleh penyanyi itu, kelihatan individu berkenaan telah datang ke kedai minumannya untuk membuat pesanan.

Mintak wang baki tapi belum bayar lagi

Namun selepas membuat pesanan lelaki itu kemudian meminta wang bakinya sebanyak RM87 walhal individu itu sebenarnya belum lagi membuat bayaran untuk air tersebut.

Malah setelah mendapat wang tersebut individu itu turut kembali semula ke kedai itu dan meminta untuk menukarkan duit yang diperolehnya.

Berang dengan insiden itu, Tomok kemudian memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat laporan polis dan berharap agar individu terbabit ditahan polis.

Dapat perhatian ramai, individu didakwa pernah buat hal yang sama di premis lain

Lantaran dari perkongsian Tomok, beberapa individu tampil mendakwa lelaki berkenaan sememangnya terkenal dengan penipuan di kebanyakan premis sekitar Setia Alam dan Shah Alam.

Menerusi komen, ada yang mendakwa individu berkenaan pernah membuat taktik yang sama di beberapa premis seperti Bakers Cottage, Dominos, 7Eleven, dan banyak lagi.

Ada isu sewa rumah dan juga sewa kereta

Tidak cukup dengan itu, lelaki yang sama juga didakwa pernah menyewa kediaman mereka namun tidak mahu membayarnya selain memberi ugutan kepada pemilik kediaman tersebut.

Bahkan seorang individu turut mendakwa lelaki ini juga banyak membuat masalah dengan komuniti penyewa kereta.

‘Dia ada banyak sangat kes dengan komuniti kereta sewa kami…’

image is not available

‘Lelaki ni lah yang datang ke branch Dominos. Pekara yang sama jadi pada saya’

image is not available

‘Ingat dia buat kerja ni dekat peniaga tepi-tepi jalan je rupanya sampai ke mall dia buat ya’

image is not available

‘Eh kali ni dia tak nak pakai mask hitam lagi ke? Kau dah scam BC lepas tu kau nak scam tempat lain pula’

image is not available

‘Orang yang sama datang 7E selalu pakai topi. Cara cakap mesti putar belit.’

image is not available

‘Padan muka. Viral je biar dia rasa..’

image is not available