“Dia Ni Pengundi Ke?” – Beri Sokongan Pada Syed Saddiq, ‘Influencer’ Korea Selatan Dikecam ‘Sibuk’ Dengan Politik Malaysia

Politics
7 Nov 2022 • 2:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

‘Influencer’ dari Korea Selatan yang popular di Malaysia, Ayana Jihye Moon baru-baru ini telah ke Muar bagi menunjukkan sokongan kepada YB Syed Saddiq yang menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi kapsyen posting yang dibuat oleh Ayana di akaun Instagram miliknya, dia yakin bahawa Syed Saddiq akan berjaya dalam pilihan raya kali ini walaupun banyak kepayahan yang dilalui.

Saya yakin beliau akan berjaya dalam pilihan raya kali ini, pastinya akan berdepan dengan pelbagai cabaran, namun saya berdoa agar Allah SWT permudahkan segalanya. Insya-Allah.”

Bagaimanapun, entri tersebut mendapat reaksi negatif daripada warganet yang rata-ratanya mempersoalkan kewarganegaraan pempengaruh itu kerana dianggap ‘menyibuk’ dalam politik Malaysia.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang menyerang Syed Saddiq dan memilih untuk tidak mengikuti Ayana di media sosial kerana menyatakan sokongan terbuka terhadap ahli politik berkenaan.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi di Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

image is not available 6 hari lalu

"Are You F*ck...." - Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap, Syed Saddiq Pun Terkejut