“Dia Ni Suka Buat Orang Marah..” – Netizen Kecam Tindakan Aliff Tidak ‘Censored’ Video Nahas Helikopter

Entertainment
24 Apr 2024 • 1:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aliff syukri

Datuk Aliff Syukri nampaknya sekali lagi dikecam netizen susulan memuat naik video tragedi nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam.

Netizen mempersoalkan tindakan Aliff itu kerana berkongsi video tanpa meletakkan censored yang menunjukkan keadaan mangsa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebelum ini turut mengingatkan orang ramai untuk tidak menyebarkannya.

“Motif nak siarkan video ni?” – Netizen.

Dalam hantaran yang dimuat naik, Aliff Syukri turut meluahkan rasa sebak atas insiden yang berlaku terhadap 10 mangsa yang terlibat.

Ya Allah luluh hati saya melihat apa yang terjadi hari ini. Jiwa saya terus tersentak melihat kejadian yang menyayat hati ini.

Di ruangan komen hantaran terbabit, netizen kebanyakannya meluahkan rasa tidak puas hati dan persoalkan tindakan usahawan terbabit yang sanggup berkongsikan video tersebut tanpa ditapis.

image is not available

Susulan itu, ramai yang menggesa Aliff memadam video berkenaan daripada laman media sosialnya. Meninjau di laman Instagram Aliff, video terbabit telah pun dipadam.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved