“Dia Orang Yang Baik..” – Tak Tolak Jodoh Allah, Sarah Yasmine Sudi Kahwini Aliff Aziz Jika Dilamar

29 Apr 2024 • 4:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pempengaruh, Sarah Yasmine sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila mengeluarkan kenyataan dia boleh menerima sekiranya Aliff Aziz mengajaknya berkahwin.

Walaupun dilabel sebagai penyondol, tidak bermaruah, dan sengaja mencari publisiti, semua panggilan itu sedikit pun tidak membuatkan Sarah terkesan.

Sudi berkahwin dengan Aliff

Menurut laporan Astro Gempak, wanita itu berkata dia percaya dengan jodoh Allah dan akan menerima Aliff sekiranya dia sudah berubah.

Tambahnya, dia juga tidak kisah jika Aliff mahu berkahwin dengan orang lain kerana dia tidak mahu memaksa pilihan orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Saya tidak mahu paksa dia suka saya atau berkahwin dengan saya. Saya juga tidak benci orang lama. Saya cuma tidak boleh ditipu banyak kali.