
Video terbaru dimuat naik oleh pelakon jelita, Amelia Henderson di TikTok meraih perhatian ramai warganet selepas dia kelihatan mesra dengan Aedy Ashraf.
"A Aida Ni Bukan Dari Muda Ke Bermasalah?" - Video Amelia Henderson Menangis Buat Peminat Sebak
Menerusi video itu, Amelia menunjukkan moment ketika mereka berdua cuba merakam content untuk TikTok sebelum disapa peminat yang mahu bergambar.
Mereka berdua dilihat memakai warna yang sedondon serta tampak begitu mesra berpegangan tangan dan aktor itu turut merangkul pinggang Amelia.
Aedy kemudian berseloroh dan menjawab mereka sedang cuba membuat content TikTok dan situasi itu membuatkan aktres berkenaan terhibur.
Sementara itu, beberapa individu berkata mereka dapat mendengar suara Amelia memanggil Aedy dengan panggilan sayang.
Ada juga yang terhibur dengan gelagat Aedy yang bersungguh-sungguh mahu membuat video content untuk TikTok.
Peminat yang suka melihat Amelia bersama Aedy turut menegur mereka berdua bermesraan dan berharap kali ini hubungan itu kekal.
The post “Dia Panggil Sayang…” – Pegang Tangan & Rangkul Pinggang, Peminat ‘Blushing’ Tengok Amelia Henderson Dengan Aedy Ashraf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

