“Dia Perlukan Teman” – Digelar Penyondol, Tom Tahu Hubungan Fuad Dan Isteri Bermasalah

16 Dec 2022 • 2:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara kisah percintaannya bersama rakan seperjuangan Fuad Rahman menjadi sensasi, nama Tom dikenali dengan gelaran penyondol pula dalam kalangan sesetengah netizen.

Ujar Tom, dia kelu tidak terkata apabila mendengar gosip-gosip seperti itu kerana dia sudah mengenali Fuad terlalu lama sebelum menyertai Gegar Vaganza lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by King Tom (@raja_king_tom)

Baru sekarang ini kami kembali bercinta. Hubungan dia dan bekas isteri dah berakhir, cuma ada beberapa urusan belum selesai.

Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya bukan penyondol.

Tom dalam pada itu berkata dia mengetahui bahawa hubungan Fuad dan isteri memang bermasalah dan sentiasa menyokong kekasihnya itu.

Saya juga tengok bukti perbualan hubungan mereka dilanda masalah ketika itu. Saya terima untuk kembali bercinta kerana ikhlas mahu menjaga dia. Dia perlukan teman.

Biarlah apa sahaja orang nak cakap. Saya tak ambil peduli.

Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun terputus lima tahun kemudian setelah Fuad ditahan polis dan dipenjarakan akibat kes dadah.

Terdahulu, tular mengenai satu kenyataan daripada seorang individu yang mendakwa Fuad masih bergelar suami orang serta nombor pendaftaran kes perceraian juga tidak wujud di mahkamah negara Singapura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Tiada Istilah Dalam Proses" - Individu Dakwa Fuad Rahman Masih Suami Orang, Nombor Pendaftaran Cerai Di Singapura Tak Wujud