“Dia Sangat Baik” – Belum Bertunang, Wanita Ini Mengaku Hanya Awek Suspek Bakar Sungai Besar

25 May 2023 • 11:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Semalam negara kita dikejutkan dengan berita pemergian tragis seorang wanita yang disyaki dibunuh teman lelaki kerana mahu menyembunyikan kehamilan luar nikah. Kejadian itu dilaporkan berlaku di kebun kelapa sawit di Sungai Besar Selangor.

Timbul khabar angin mendakwa suspek yang berumur 20 tahun mempunyai tunang dan mangsa adalah skandalnya. Dakwaan itu diperkatakan selepas netizen menjumpai akaun TikTok suspek bersama wanita lain.

Di TikTok, wanita yang dikaitkan sebagai tunang suspek tampil menjelaskan bahawa dia hanya kekasih suspek bukannya tunang seperti yang diperkatakan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Meluahkan rasa terkilan dengan apa yang terjadi, wanita ini menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa. Katanya, jika didapati bersalah, biarlah suspek menerima hukuman di atas perbuatannya.

Wanita ini bagaimanapun didapati telah menukar kapsyen dan menutup ruangan komen perkongsian di TikTok. Perkongsian tersebut kemudian dikongsi pengguna lain di Twitter.

Kredit: TikTok | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.