“Dia Sangat Baik Dan Saya Sangat Mencintai Dia” – Jeslina Hashim Menghitung Hari, Bakal Nikah Kerabat Diraja Negeri Sembilan

1 Aug 2024 • 2:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan juga usahawan, Jeslina Hashim khabarnya sedang menghitung hari untuk bergelar isteri kali kedua apabila dia bakal disatukan dengan jejaka pilihan, Tunku Eddy Nasruan Adil, tidak lama sahaja lagi.

Jeslina berkongsi perkara itu di mana dia memaklumkan akan bernikah dengan jejaka dari kerabat Negeri Sembilan itu di Kuala Lumpur beberapa hari lagi.

Insya-Allah dalam masa terdekat, masanya akan tiba. Persiapan semua sudah siap, tunggu hari saja. Boleh kira dengan tangan.

Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur. Tiada apa-apa simbolik mengenai tarikh itu, tetapi hari itu merupakan hari yang terbaik untuk tetamu hadir.

Difahamkan, majlis perkahwinan Jeslina dan Tunku Eddy akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Bercerita mengenai hubungannya bersama Tunku Eddy, Jeslina mengakui jejaka itu seorang yang menyenangkan dan baik.

Dia sangat baik dan saya sangat mencintai dia. Semua orang yang jumpa akan sayang pada dia. Anak-anak saya juga sangat sayang dengan dia.

Terdahulu, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga bersama Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 namun bercerai pada Mac 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Kawan Sendiri Pun Saya Tak Mampu Nak Kawal.." - Irma Hasmie Memilih Untuk Berdamai Dengan Takdir, Enggan Ulas Isu Cerai