“Dia Sedar..” – Peminat Bangga, Taecyeon 2PM Padam Video Papar Jenama Diboikot

Entertainment
6 Jan 2024 • 11:53 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Baru-baru ini, Taec-yeon 2PM telah memuat naik satu video baru di YouTube bersama rakan kumpulannya iaitu Woo-young dan Jun. K.

Khususnya daam video itu, peminat perasan bahawa pelakon “Vincenzo” itu sedang minum air daripada Starbucks dan terus menyatakan kebimbangan mereka.

Untuk pengetahuan, Starbucks adalah salah satu jenama yang sedang diboikot secara global kerana sokongan mereka pada serangan Israel terhadap Gaza.

Di laman X (Twitter), peminat terus meminta agar Taec-yeon memadam video berkenaan dan menjelaskan sebabnya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu terus memadam video tersebut di saluran YouTubenya, membuatkan peminat bangga kerana Taec-yeon nampaknya sedar atas kesilapannya.

Bagus Taec-yeon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.