
Kelahiran ahli baru dalam keluarga pasti akan ditunggu-tunggu serta disambut dengan perasaan yang teruja sekali.
Nak-nak pula apabila seseorang itu merupakan anak tunggal buat bertahun lamanya, sudah pasti dia ternanti-nanti kehadiran seorang insan yang bergelar adik.
Selalu doa dalam perut ibu ada ‘baby’
Itulah perasaan yang ditunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang teruja dan gembira menyambut kepulangan adiknya yang baru pulang dari hospital.
@khasanahahmadi_ Edit sambil nangis Kite yg record ni tadi pon sambil tahan air mate tau
#fypシ ♬ original sound – Ayangnya Reedzwann
![]()
Menerusi video dimuat naik khasanahahmadi_ di TikTok itu, dapat dilihat kanak-kanak lelaki yang merupakan anak saudaranya itu tersenyum lebar sehingga melompat-lompat ketika melihat kenderaan bapanya tiba di perkarangan rumah.
Kerana terlalu teruja dan gembira, kanak-kanak tersebut turut dilihat menghulurkan tangan seperti mahu mendukung adiknya yang sedang tidur itu untuk membawanya masuk ke dalam rumah.
Main game dan makan sebelah adik
Menerusi video lain, kanak-kanak itu dilihat seperti tidak mahu berjauhan dengan adiknya dan akan makan serta bermain permainan video di sebelah adik barunya itu.
@khasanahahmadi_ Balas kepada @adamhazam ♬ suara asli – andre
Bahkan, dia akan cepat-cepat memujuk adiknya itu sekiranya terdengar bayi kecil itu menangis.
Dia akan jadi abang yang penyayang dan bertanggungjawab
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira serta meninggalkan komen mengatakan kanak-kanak itu akan menjadi seorang abang yang sangat penyayang terhadap adiknya itu.




Wahh seronok betul si abang bila adik baru dia balik ke rumah, siap tepuk-tepuk batu. Kami juga tumpang gembira tengok si abang teruja macamtu.
Kredit: TikTok khasanahahmadi_
The post “Dia Selalu Doa Dalam Perut Ibu Ada Baby” – Reaksi Abang Teruja Sambut Adik Dari Hospital Cuit Hati Netizen appeared first on Oh! Media.

