“Dia Sendiri Mahu..” – Pengarah Ulas Babak Nana Buka Baju Dalam ‘Mask Girl’

23 Aug 2023 • 3:10 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siapa yang meminati drama provokatif pastinya seronok menonton drama “Mask Girl” di Netflix.

“Mask Girl” membawa kisah mengenai Kim Mo-mi yang merupakan pekerja pejabat biasa di siang hari namun berubah menjadi BJ internet di malam hari. Oleh kerana kecaman masyarakat dek wajahnya yang kurang menyerlah, wanita tersebut terpaksa menggunakan medium itu untuk meluahkan bakat terpendam namun kehidupannya berubah selepas satu insiden berdarah tak dijangka.

Siapa yang menonton, semestinya melihat babak provokatif yang ditampilkan oleh beberapa teraju utamanya iaitu Lee Han-byul, Nana, Park Jeong-hwa dan beberapa orang lagi.

image is not available

Dalam sebuah temubual rasmi bersama pengarah Kim Yong-hun, dia menceritakan lebih mengenai babak menjolok mata itu. Jawabnya apabila dipersoal sama ada Nana sendiri yang melakonkan babak bogel itu,

Betul, memang benar Nana yang menghidupkan sendiri babak berkenaan.

Ulas pengarah itu lagi mengenai lakonan bekas ahli After School itu dalam beberapa babak pergaduhan dalam penjara,

Wah, dia seperti perempuan gila. Saya kagum apabila melihatnya (tersenyum semasa bergaduh).

image is not available

Dahsyat kan Nana~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.