‘Dia Sentiasa Hiburkan Papa,’ Mustapha Kamal Lawat Isma Aliff Di Hospital

26 Dec 2023 • 2:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

‘Dia Sentiasa Hiburkan Papa,’ Mustapha Kamal Lawat Isma Aliff Di Hospital

Baru-baru ini, pelawak dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff dilaporkan berada dalam kritikal hingga terpaksa ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

Pun begitu, keadaan kesihatannya semakin baik dan beransur pulih kerana menunjukkan perubahan positif selepas ditidurkan.

Berita itu membuatkan ramai anak-anak kelahiran dunia seni salah satunya pelakon terkenal Mustapha Kamal melawat keadaannya di hospital semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook, Mustapha berkata Isma Alif adalah seorang sahabat yang sering menghiburkan rakan-rakannya meskipun kesihatannya tidak mengizinkan.

Pelakon yang sinonim dengan watak Papa itu juga memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan keadaan semasa dia melawat sahabatnya itu.

image is not available
Kredit: Mustapha Kamal/Facebook

“Isma (adalah) penyanyi, pelawak dan pelakon sahabat seni Papa yang sentiasa menghiburkan kami walau di mana kami berada.

“Walaupun dalam keadaan sakitnya semalam, dia masih cuba untuk menghiburkan Papa dan Mummy hari ini. Sembuhkanlah dia ya Allah,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut berkata selain daripada Isma, kesihatan penyanyi Rahim Maarof juga berada dalam keadaan kurang baik.

Mustapha turut mengatakan dia cuba untuk menghubunginya bagi mengetahui keadaannya namun gagal.

“Begitu jugak dengan Rahim Maarof, khabarnya dalam keadaan kurang baik. Masih cuba hubungi mereka-mereka yang dekat dengannya tapi gagal,” ujarnya.

Dalam kesempatan itu, dia sempat menitipkan doa supaya rakan-rakannya diberikan kesembuhan yang berpanjangan dan urusan mereka dimudahkan.

Dalam pada itu, dia turut mengajak orang ramai untuk mendoakan Isma supaya kembali sihat seperti biasa.

Sumber: Mustapha Kamal/Facebook