
Pihak polis mendedahkan motif pembunuhan Norshamira Zainal yang ditemui maut berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan adalah kerana mahu menyamun.
Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, antara barang yang hilang adalah perhiasan termasuk gelang bernilai RM30,000 yang dipakai mangsa.
Gelang hadiah dari suami pada 2022

Lapor Kosmo!, suami kepada Norshamira iaitu Muhammad Afiq Akmal Nudin mendedahkan gelang emas yang dipakai oleh arwah merupakan hadiah istimewa daripadanya sebagai tanda kasih sayang.
Muhammad Afiq berkata, gelang itu dibelinya pada tahun 2022 dengan harga belasan ribu ringgit. Sejak dihadiahkan, isteri sentiasa memakai gelang itu sebagai tanda menghargai.
Mungkin sekarang harganya sudah naik berdasarkan harga emas semasa.
Tanda kenangan bersama arwah isteri
Salam takziah atas pemergian arwah Shamira. Semoga seluruh ahli keluarga terus bertabah
Muhammad Afiq berhasrat menyimpan gelang tersebut sebagai kenangan manis bersama arwah isterinya dan tidak bercadang untuk menjual atau memberikannya kepada sesiapa.
Terdahulu, suspek kes bunuh Norshamira sempat menggadai gelang emas di sebuah pajak gadai di Terengganu.
Susulan itu, polis telah menahan seorang pekerja kedai pajak gadai bagi membantu siasatan kes.

Jap!
The post
appeared first on
.

