“Dia Senyum, Aku Senyum Balik” – Shuhada Dedah Juruterbang Cuba Nak Berkenalan, Tapi Rupanya Dah Ada Isteri?

Entertainment
24 May 2024 • 1:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Shuhada

Tular satu video yang dimuat naik seorang individu menunjukkan bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada telah mengundang perhatian ramai. Apa kes ni?

Kalau korang tengok video itu, Shuhada yang sedang live di Tiktok berkata dirinya telah diperhatikan sekumpulan juruterbang ketika dia menunggu flight.

Shuhada pun terus memandang mereka selepas rasa dirinya diperhatikan dan salah seorang daripada juruterbang itu dikatakan senyum kepadanya.

Dia senyum, bila orang dah senyum, aku senyum lah balik kan.

Lepas jer bercerita perkara itu di Tiktok, Shuhada dapat notifikasi seorang individu telah follow dia di Tiktok dan apa yang mengejutkan orang itu adalah salah seorang daripada juruterbang itu.

Walau bagaimanapun, Shu mendapati yang lelaki itu merupakan suami orang ketika nak follow back. Dia pun ambil keputusan tak jadi untuk berkenalan dengan juruterbang berkenaan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.