“Dia Seperti Cinta Pertama..” – Gong Yoo Imbas Pertemuan Pertama Dengan Chae Jungan Ketika ‘Coffee Prince’

LocalEntertainment
18 Oct 2024 • 3:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai kan yang pernah layan drama “Coffee Prince” yang ditayangkan pada 2007 dahulu?

Baru-baru ini, Gong Yoo telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Chae Jung-an, di mana mereka ada mengimbas kembali drama mereka “Coffee Prince” dan juga berborak tentang pelbagai topik.

Pada awalnya, kedua pelakon itu bercakap tentang pertemuan pertama mereka ketika rakaman “Coffee Prince”. Kongsi Gong Yoo,

Saya pertama kali jumpa Chae Jung-an semasa membaca skrip. Sewaktu adegan pertama kami, kami berdua janggal dan pengarah suruh kami berpelukan. Itu lagi membuatkan keadaan jadi lebih janggal.

Sambung lelaki itu dengan memuji Chae Jung-an,

Dia sangat cantik. Dia mempunyai getaran cinta pertama, yang menjadikannya mudah untuk berlakon bersamanya. Dalam kehidupan sebenar, dia berbeza dari wataknya tapi itu membuatkan saya lebih menyukainya sebagai seorang manusia. Dia seorang kakak yang hebat dan kami akhirnya menjadi kawan.

Jelas Chae Jung-an pula mengenai sifat Gong Yoo,

Dia seorang yang ikhlas memberikan hatinya kepada orang yang dia cintai. Kami tak bercinta, tetapi Gong Yoo adalah seorang yang sentiasa tenang.

Siapalah wanita yang dapat rebut hati Gong Yoo nanti kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.