“Dia Siap Nak Betulkan Seluar Saya Bila…”- Penyanyi Baru Naik Trauma Bekas Pengurus Cuba Buat Gangguan Seks*al Setiap Kali Persembahan

LocalEntertainment
12 Jun 2025 • 9:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi baharu yang semakin meningkat naik, Rezza Shah, mendedahkan dia kini menguruskan perjalanan seninya tanpa pengurus selepas pengalaman buruk bersama individu yang pernah menguruskan kerjayanya.

Dalam satu hantaran di Instagram, Rezza atau nama sebenarnya Muhammad Shahrezza Abu Samah, 23, menyatakan bahawa bekas pengurusnya bersikap tidak profesional dan suka berhutang, selain gagal menghormatinya sebagai seorang artis.

Ya buat masa sekarang saya menang tidak lagi bekerjasama dengan pengurus sebelum ini. Susah bila bekerja dengan pengurus yang berhutang sini sana, tak profesional dan selalu pegang-pegang aku.

Dia anggap aku ni macam anak dia la, padahal kau nak menggedik. Kau rasa diri kau tu perempuan padahal kau tu lelaki dah tua dan kau sendiri kotorkan nama artis sendiri,” dedahnya.

Bercakap kepada Kosmo! Online, Rezza memaklumkan bahawa dia mengalami kerugian melebihi RM20,000 apabila wangnya diseleweng sedikit demi sedikit oleh bekas pengurus tersebut.

Dia ada berhutang dengan bos syarikat rakaman tapi dia jual nama saya. Duit hasil penggambaran drama saya dia kebas. Dia gunakan duit itu semua untuk keuntungan dia.

Rezza juga mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual sepanjang bekerjasama dengan individu itu.

Paling saya tidak selesa apabila saya sering terkena gangguan seksual olehnya. Saya sering dicium di hadapan orang, dipeluk dari belakang dan dipegang di tempat yang tidak sepatutnya dipegang. Dia selalu nak betulkan seluar saya bila saya bersiap untuk buat persembahan.

Ketika ditanya mengenai tindakan lanjut, Rezza mengakui tidak membuat laporan polis kerana terlalu tertekan ketika kejadian berlaku.

image is not available

image is not available

Kini, katanya, fokus utama adalah untuk membina semula kerjaya seninya tanpa campur tangan pihak yang ingin mengambil kesempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hours ago

Thalita Minta Netizen Tegur Cara Baik Soal Pakai Tudung - "Kenapa Rasa Orang 'Free Hair' Ni Banyak Dosa?"