
Pengacara rancangan Gegar Vaganza, Nabil Ahmad menerima kritikan selepas dikatakan membuat lawak ‘hambar’ dan mengejek tetamu jemputan dari Indonesia, Raisa.
Rata-rata netizen berang Nabil mengajuk Raisa yang melontarkan komen dalam bahasa Inggeris.
Menjawab kepada kritikan itu, Nabil berkata dia dan Raisa sebenarnya sudah bertegur sapa di belakang pentas sebelum bersiaran.

Penyanyi yang popular dengan lagu Usai Di Sini itu juga menganggap gurauan Nabil membantu dia jadi lebih selesa.
Dia pun kata gurauan tu boleh buat dia rasa lebih selesa. Jadi macam itu cara dunia hiburan bergerak. Dia seorang yang sporting dan kelakar sebenarnya.
Kata Nabil kepada Gempak, sebagai penghibur dia tahu apa yang Raisa perlukan dan Nabil juga pasti Raisa tahu apa yang dia sebagai pengacara perlukan.

Nabil berkata dia tahu batas sebagai pengacara, tidaklah sampai dia hina atau memaki orang. Rancangan itu sekadar program hiburan.
Saya sikit pun tak terasa langsung dengan komen-komen nakal netizen, mereka cuma ambil apa yang berada di TV, saya pun tak mahu marah mereka.
Menurut pengacara ni lagi, dia hanya jalankan amanah yang diberi. Selagi produksi kata okay, tak melampau batas atau menyinggung perasaan orang-orang penting dalam GV, Nabil sudah bersyukur.
Kredit: Gempak
The post “Dia Sporting Dan Kelakar Sebenarnya” – Nabil Jawab Kritikan ‘Bahan’ Raisa Guna Bahasa Inggeris appeared first on Oh! Media.
