“Dia Supportive” – Pernah Digosip Bercinta, Peminat Teruja Lihat Interaksi Terkini G-Dragon & Jennie BP

Music
22 Apr 2024 • 1:20 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pernah bernaung di bawah satu agensi yang sama, Jennie BLACKPINK dan G-Dragon pastinya mempunyai hubungan akrab.

Bahkan sebelum ini, kedua idola itu pernah terpalit dengan gosip percintaan selepas Jennie ‘ditangkap’ sering ke rumah G-Dragon sejurus selepas aktiviti BLACKPINK selesai.

Namun pada ketika itu, YG Entertainment hanya berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 우지호/ZICO (@woozico0914)

Baru-baru ini, Zico telah memuat naik beberapa foto bersama Jennie di Instagram, berkongsi kepada peminat proses rakaman untuk lagu kolaborasi mereka berjudul “SPOT”.

Menarik perhatian, G-Dragon turut menekan butang ‘suka’ di hantaran berkenaan, jelas memberikan sokongan buat Jennie dan Zico sendiri.

Sementara itu, lagu Zico dan Jennie “SPOT” akan dikeluarkan pada 26 April ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article