“Dia tak ada kena mengena dengan awak” -Puteri Sarah dedah Andi Arsyil kena ‘stalk’

Entertainment
9 Oct 2023 • 8:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon wanita, Puteri Sarah Liyana memaklumkan yang ada pihak telah ‘menghendap’ media sosial kenalannya, pelakon Indonesia, Andi Arsyil baru-baru ini.

Andi Arsyil kena stalk

Perkara tersebut dinyatakan Sarah menerusi siaran langsung di media sosialnya dengan mengatakan bahawa Andi Arsyil telah bertanya kepadanya perihal tersebut.

“Dengar-dengar ada orang itu dia stalk pelakon Indonesia itu, kenapa ya?

Kenapa ya nak stalk Instagram… Dia tak ada kena mengena dengan awak, dia ada kena mengena dengan saya,”

“Dia periksa Instagram orang itu… Selepas itu orang itu tanya saya… kok bisa check Instagram aku, kenapa sih?,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Andai Itu Takdirnya sama sekali tidak mendedahkan individu yang dimaksudkan dan meneruskan tugasnya ketika siaran langsung tersebut dengan mempromosikan produk yang digunakan.

Kantoi stalk Andi Arsyil, kerja tak clean

Menjengah ke ruangan komen, netizen telah membuat pelbagai spekulasi dengan mengaitkan bekas madu kepada pelakon itu.

Namun, ada juga yang memberikan pesanan kepada pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, supaya lebih berhati-hati kerana mungkin ramai yang diluar sana tidak senang melihat kebahagiaannya.

image is not available

Harap Sarah lebih berhati2

image is not available

“Kenapa dia tu, hidup tak tenteram ke?”

image is not available

Dulu PS simpan, sekarang luah terus

image is not available

Sebelum ini, bekas isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof itu dikhabarkan sedang rapat dengan seorang pelakon dari Indonesia.

Walau bagaimanapun, Sarah memaklumkan hubungan mereka hanyalah sebatas rakan kongsi memandangkan mereka terlibat dalam perniagaan bersama.

Sumber: TikTok norainibasre