“Dia Tak Ada Masalah Letak Jawatan, Pak Lah Beri Contoh Baik Untuk Kita Semua” – Tun Mahathir

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 2:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengimbau memori pertama kali bertemu dengan Allahyarham Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 1968 di sebuah pasar raya.

Kata beliau, perkara paling diingatinya sehingga hari ini adalah keputusan Allahyarham untuk berundur sebagai Perdana Menteri pada 2009.

image is not available

Perdana Menteri kelima itu mencatatkan kejayaan bersejarah apabila memenangi 90 peratus daripada kerusi Parlimen semasa Pilihan Raya Umum tahun 2004.

Selepas itu dia mentadbir dan hadapi banyak masalah, sebab masalah-masalah ini prestasi dalam pilihnaraya 2008 tidak begitu itu baik.

Dan dia tidak teragak-agak, apabila kejayaan yang kurang (memuaskan), ramai yang tuntut dia untuk letak jawatan, dia tak ada masalah dia letak jawatan.

image is not available

Inilah cara di Malaysia, apabila kita bersara kita pergi dengan mudah tanpa masalah dan kita serah kepada pengganti kita.

Kalau amalan ini diteruskan Malaysia, jadi negara aman. Abdullah memberikan contoh yang baik untuk kita semua.

image is not available 24 hours ago

Rakyat Sedih Pemergian Pak Lah, Ramai Kenang Semula Jasa Ketika Mentadbir Negara - "PM Paling Rendah Diri & Sederhana"