“Dia Tarik Kereta Saya, Dia Tarik Kereta Mak, Itu Cara Dia Hukum Kami” – Anak Tiri Miera Liyana Dedah Rosland ‘Block’ Nombor Telefon

1 Nov 2023 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, anak tiri kepada pelakon, Miera Liyana iaitu Nur Izzah membuat pendedahan bahawa dirinya sudah lama tidak berhubung dengan bapa, Rosland Othman kerana nombor telah disekat.

Difahamkan dari laporan mStar, Izzah berkata barangkali bapanya menyekat nombor telefonnya kerana berasa tercabar dengan kata-kata anak sendiri.

Masa tu dia ambil adik saya Anisa tanpa pengetahuan mak saya (Adibah) jadi bila saya cakap benda fakta kemudian dia defensif dan sebab itulah dia block saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Bukan sekadar itu saja, hal yang lebih teruk dilakukan oleh Rosland terhadap anaknya itu adalah dengan mengambil kereta Izzah tanpa sebab.

Saya tak tahu apa motif dia tapi mungkin itu cara dia nak menghukum kami, tapi saya okay je.

Dalam pada itu, Izzah sebagai saksi untuk defendan bagi kes nusyuz difailkan oleh Rosland menafikan bahawa ibunya, Adibah keluar rumah tanpa kebenaran suami.

Sekadar info, pada 3 Ogos lalu Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu atas alasan sudah tidak persefahaman serta Rosland berkata dirinya sudah tawar hati terhadap Adibah.

image is not available 2 months ago

"Tinggal Dengan Siapa Pun, Kami Tetap Ibu Bapa Mereka" - Adibah Enggan Rumitkan Kes Hadanah Dengan Bekas Suami