“Dia Tetap Yang Dicari..” – Isteri PU Abu ‘Throwback’ Cari Rezeki Bersama, Kini Hamil Anak Ketiga

8 Nov 2022 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain Afini memaklumkan bahawa suaminya itu antara individu yang bersama-samanya ketika mencari rezeki selama mereka berkahwin.

Kata Ain, ada masa mereka berdua bergaduh dan bercanggah pendapat namun mengakui PU Abu tetap menjadi pelengkap dalam hidupnya.

Perkara itu dikongsi Ain dalam satu hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan pengikut dan juga peminat di media sosial.

Tulang belakang 5 tahun. Di antara masa akan ada yang digaduhkan dan bercanggah pendapat. Tapi akhirnya tetap dia yang dicari.

Difahamkan, Ain kini sedang hamil anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama PU Abu.

Terdahulu, nama Ain Afini mula menjadi sebutan netizen apabila suaminya, PU Abu dikatakan curang dan bernikah dengan isteri kedua, Hana Azra.

PU Abu juga memaklumkan bahawa dia masih tidak dapat memberi jawapan yang jelas mengenai status perkahwinannya bersama Hana kerana masih dalam proses mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

Disamakan Dengan Punggung KimK, Jaclyn Victor Tak Terasa Dengan Nabil Ahmad - "Saya Rasa Lucu"