“Dia Tu Buat ‘Wayang’ Kat Tanah Suci” – Tolong Orang Hanya Konten, Caprice Sindir Siapa?

Entertainment
16 Nov 2022 • 2:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi rap kontroversi, Caprice dilihat seperti ‘menyindir’ perbuatan seorang individu yang didakwa berpura-pura membuat kebaikan di media sosial.

Menerusi hantaran Instagram Story Caprice, dia menyatakan individu itu pernah ke Tanah Suci kerana ingin menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan.

Dalam pada itu, Caprice turut memberitahu bahawa individu berkenaan memberi pertolongan terhadap orang miskin hanya sekadar konten di media sosial semata-mata.

Tu lah dulu Cap dah tegur yang dia tu hanya buat wayang dekat tanah suci. Setting gambar. Setting orang miskin. Tapi dulu ramai tak percaya. Sekarang ambik kau. Siap setting semua demi konten jasa-jasa baik dia.”

Pada akhir coretannya, Caprice sempat menitipkan rasa syukur kerana setiap kemungkaran yang dilakukan oleh individu tersebut telah pun dibongkarkan satu persatu.

Alhamdulillah one by one Allah buka.”

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

image is not available 1 hari lalu

"Kami Bukan Lagi Suami Isteri" - Lelaki Mohon Maaf Tuduh Ebit Lew Sengaja Buat 'Content' Beri Motor Y15 Pada Bekas Isteri