Diablo IV Bermasalah Diakses Oleh Pemilik PlayStation 5 dan 4

TechnologyGamingDigital
2 Jun 2023 • 9:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selamat datang ke Hari Diablo dengan Diablo IV secara rasminya dilancarkan hari ini kepada yang diberikan awal. Bagi peminat siri Diablo yang tidak sabar untuk kembali ke Sanctuary, perasaan dejavu akan muncul pagi ini kerana permainan bermasalah untuk dilancarkan.

image is not available

Pembeli Diablo IV Ultimate Edition sepatutnya boleh mula bermain hari ini, empat hari lebih awal berbanding edisi biasa. Tetapi apabila dimainkan pada PlayStation 5 dan PlayStation 4, muncul notifikasi mengatakan lesen permainan tidak sah.

Dejavu kerana 11 tahun yang lalu pada hari pertama pelancaran Diablo III isu memainkannya juga berlaku. Blizzard telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyedari isu ini berlaku dan sedang menyelesaikannya sepantas yang mungkin apabila maklumat yang lebih baik diperolehi.

Isu ini tidak dilaporkan oleh pemilik PC dan Xbox setakat ini. Bagi mereka yang mengambil cuti semata-mata ingin membunuh iblis dan syaitan Diablo IV lebih awal di PlayStation, anda perlu bersabar sehinggalah isu diselesaikan Blizzard.