Diadakan Pada Hujung Minggu Ini, Jom Ke Food Festival Yang Berlangsung Di The Hills!

20 Jul 2022 • 5:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lagi event menarik di Kuching pada hujung minggu ini!

Diadakan Pada Hujung Minggu Ini, Jom Ke Food Festival Yang Berlangsung Di The Hills! Bagi anda yang minat dengan festival makanan, membeli barangan lokal dan banyak aktiviti menarik, event ini khas untuk anda!

Sempena Hari Sarawak, The Hills telah menganjurkan satu event yang menarik untuk anda! Ianya berlangsung selama 3 hari di The Hills Malll, Kuching bermula pada 22 Julai 2022 sehingga 24 Julai 2022 ini.

image is not available
Kredit gambar: FB The Hills, Kuching

Jom kita support lokal!

Di sana, terdapat pelbagai acara yang menarik antaranya pesta makanan, membeli belah, boss talks dan juga workshop. Jom la bawa sekeluarga untuk singgah di sini!

Untuk pesta makanan, anda boleh lihat ada pelbagai makanan yang dijual oleh brand lokal di sana. Antaranya The RASA Tuak, Goodness Gracious, Flip and Fold Grill, Hebrews Kombucha dan banyak lagi!

image is not available
Diadakan Pada Hujung Minggu Ini, Jom Ke Food Festival Yang Berlangsung Di The Hills!

Manakala jenama barangan fashion yang lokal yang anda boleh jumpa disana adalah Sangon and Co, Reet Petite Co, Daniellery dan ramai lagi jenama lokal yang turut berjual di event ini. Jom sama-sama kita support lokal di The Hills!

image is not available
Diadakan Pada Hujung Minggu Ini, Jom Ke Food Festival Yang Berlangsung Di The Hills!

Tahukah anda, di event Forage ini juga terdapat workshops di mana anda boleh mencuba membuat Sushi Ulat Sago! Wahhh menarik ni, bukan selalu dapat mencuba untuk belajar membuat sushi unik ni. Lagi-lagi sushi ulat Sago.

Bagi anda yang ingin mencuba ke Food Festival yang berlangsung di Kuching, boleh lihat maklumat di bawah:

Lokasi: The Hills, Interhill Place, 8, Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching
Waktu beroperasi: 12.00 pm – 10.00 pm
Tarikh: 22 Julai 2022 – 24 Julai 2022

Sekarang makin banyak konsert dan gig yang berlangsung pada tahun ini, kan? Korang yang nak pergi mana-mana konsert tu dah ready ke? Kalau belum, ini adalah persediaan yang anda perlu buat. Baca pautan di bawah: