Diajak Wanita Teman Tidur di Rumah, Lelaki Tak Sangka Dikasari & Motosikal Dirampas

LocalFamily & Parenting
22 Apr 2025 • 11:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki yang diajak oleh wanita yang baru seminggu dikenalinya di TikTok untuk teman tidur di rumah tidak menyangka bahawa niat baiknya berakhir dengan kejadian ngeri.

Dalam kejadian yang tular baru-baru ini, lelaki tersebut bukan sahaja dipukul teruk oleh sekumpulan lelaki, malah motosikalnya juga dirampas.

Ketika dihubungi pempengaruh yang juga penyanyi rap, Ariz Ramli yang lebih dikenali Caprice, dia menceritakan pengalamannya selepas dijemput oleh wanita tersebut melalui aplikasi WhatsApp, setelah seminggu berkenalan di TikTok.

Kongsinya, wanita terbabit memintanya untuk datang ke rumah kerana kononnya tidak sihat dan memerlukan teman tidur.

“Saya baru berkenalan dengan seorang wanita di TikTok, dan kami mula berhubung di WhatsApp selepas seminggu.
“Menerusi WhatsApp, dia minta saya temankan dia tidur di rumah kerana tidak sihat,” katanya.

image is not available

Foto: Media Sosial

image is not available

Foto: Media Sosial

Diajak Wanita Teman Tidur di Rumah

Setelah memberi pelbagai alasan, lelaki itu akhirnya bersetuju untuk pergi, dengan wanita tersebut menawarkan wang untuk mengisi minyak motosikalnya.

Namun, sebaik sahaja tiba di rumah wanita itu, lelaki tersebut dibawa ke tingkat atas dan keadaan tiba-tiba berubah.

“Saya baru buka kasut, tiga hingga empat orang lelaki masuk dari pintu depan. Saya tidak tahu apa motif mereka, tetapi selepas dipukul, mereka meminta duit RM3,000,” jelasnya.

Ceritanya lagi, pada ketika itu dia hanya memiliki wang jumlah RM600 lalu diserahkan kepada semua suspek, namun mereka tetap merampas motosikalnya.

Dikesempatan itu, Caprice yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan kenalan baru di media sosial, terutama apabila diajak ke rumah.

“Walaupun kita sebagai lelaki mungkin menerima ‘layanan percuma’, jangan mudah percayakan orang,” nasihat Caprice melalui Instagram.

image is not available

Video kejadian tersebut tular dan menyebabkan kebimbangan di kalangan netizen, dengan beberapa khabar angin yang mengatakan mangsa sudah meninggal dunia.

Namun, lelaki itu yang menerima enam jahitan pada telinga kiri serta bengkak pada dada dan belakang badan, kini berada dalam keadaan stabil dan telah membuat laporan polis.

image is not available

Foto: Media Sosial

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, mengesahkan bahawa tujuh lelaki dan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Bella’ telah ditahan untuk membantu siasatan.

image is not available

Semua suspek berusia antara 19 hingga 26 tahun dan ditahan selepas laporan dibuat oleh mangsa.

Sumber: IG capricedaddycap