Dialog ilmu di Mesir, dari mahasiswa hingga pembangunan bandar

Opinion
24 Nov 2024 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

DATO’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengetuai rombongan Kerajaan Negeri mengadakan lawatan rasmi ke Kaherah, Mesir antara 5 hingga 7 November.

Lawatan turut disertai EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah dan EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin adalah sempena World Urban Forum ke-12 (WUF12) dan Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2024.

WUF12 juga menampilkan Pavilion Selangor yang menghimpunkan 12 pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan lain.

Rombongan sama turut disertai pimpinan Selangor antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim, Mufti Selangor Dato’ Setia Prof Madya Dr Anhar Opir, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Dato’ Mahmud Abbas dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management Dato’ Ramli Mohd Tahir.

Acara lain termasuk ziarah mahabbah ke atas bekas mufti agung Mesir Prof Dr Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab di Giza selain melawat penempatan pelajar Selangor di Hayyu Asyir Nasr City bagi melihat keadaan asrama menempatkan 130 pelajar.

Turut berlangsung sesi dialog bersama mahasiswa Timur Tengah dari pelbagai negeri mengenai isu semasa dan antarabangsa di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah.

Jurufoto Harun Tajudin merakam sebahagian acara sepanjang tempoh lawatan berkenaan. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.

image is not available
Dato’ Menteri Besar bersama pimpinan Kerajaan Negeri dan delegasi Malaysia ketika persidangan World Urban Forum, persidangan kelestarian pembangunan bandar di Kaherah pada 5 November

 

image is not available
Amirudin memberi cenderahati kepada Prof Dr Ali Jum’ah selepas beliau menyampaikan ucaptama bertajuk Karamah Insaniah dalam konvensyen mahasiswa pada 6 November

 

image is not available
Dato’ Menteri Besar menyampaikan cek cura kepada Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) Muhammad Zulhusni Abdul Rashid (dua, kiri) bagi naik taraf Bangunan Asrama Selangor di Kaherah pada 5 November

 

image is not available
Mahasiswa anak Selangor bertanya soalan kepada Prof Dr Ali Jum’ah dalam konvensyen mahasiswa Timur Tengah di Kaherah pada 6 November

 

image is not available
Pelajar mendengar ucapan perasmian Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2024 disampaikan Amirudin di Hotel Intercontinental, Kaherah pada 5 November

 

image is not available
Amirudin bersama panel bual bicara Kehidupan Mampu Milik Untuk Semua: Jaminan Makanan Dalam Bandar di Selangor dalam World Urban Forum di Kaherah pada 6 November

 

image is not available
Amirudin menjawab soalan dalam sesi dialog bersama pelajar Malaysia di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah pada 6 November

 

image is not available
Dato’ Menteri Besar bersama pengarah Jais melihat koleksi buku, kitab hadis dan fekah ketika melawat perpustakaan dalam Rumah Selangor di Kaherah pada 6 November

 

image is not available
Mahasiswi Universiti Al-Azhar Mesir berkongsi pandangan dengan Amirudin ketika sesi dialog bersama pelajar di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah pada 6 November