“Diam, Andai Teruskan Aids” — Isteri Rafizi Terima Ugutan

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 6:28 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Isteri kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menerima mesej ugutan bertulis “Diam, andai teruskan Aids” pada pukul 1.12 pagi dan 11.02 pagi tadi.

Didedah Dalam Sidang Akhbar
Perkara itu didedahkan Rafizi dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, memaklumkan bahawa ugutan berkenaan telah dilaporkan kepada polis.

Mesej Dari Nombor Sama

“Saya dah sampaikan kepada polis. Mesej pagi tadi juga daripada nombor yang sama, ditambah dengan emoji picagari. Saya ingat ugutan ini akan berterusan.

Tekanan Kepada Keluarga

“Pada hemat saya, ini strategi kerana saya selalu tak ‘makan saman’. Saman, lokap semua saya dah lalui, hilang jawatan pun saya tak ambil ‘port’.

“Kalau beri tekanan kepada isteri dan anak lelaki saya, mungkin ia boleh mempengaruhi keputusan saya,” katanya sambil menambah bahawa polis telah mengetahui nombor telefon tersebut dan berharap siasatan berjalan lancar. – The Malaysian Update