“Diam Tak Maksud Kita Salah Orang Lain Betul..” – Adira Suhaimi Tunggu Masa Sesuai Untuk Beri Keterangan, Bukan Diam Kerana Takut

9 Feb 2024 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan kontroversi penceraian penyanyi Adira Suhami dengan suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red itu, Adira baru-baru ini telah memuat naik sebuah hantaran yang mengatakan dirinya memilih untuk berdiam diri kerana bersebab.

Belajar untuk tenang

Tambahan pula, berdasarkan hantaran yang dikongsikan di Instagram story itu, Adira berkata dirinya mendiamkan diri bukan kerana dia bersalah. Sebaliknya, dengan cara berdiam itu, penyanyi ini boleh belajar untuk menjadi kuat dan mencari ketenangan.

Diam tak bermaksud kita salah dan orang lain betul. Dalam kita diam banyak membantu kita untuk menjadi kuat dalam ketenangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Bukan pengecut

Dalam hantaran yang sama, penyanyi lagu Pujaan Hati ini turut menegaskan bahawa dia bukanlah mendiamkan diri kerana takut untuk menghadapi kontroversi tersebut, tetapi Adira hanya menunggu masa yang tepat untuk berkata-kata.

Diam bukan bererti kita ni pengecut tapi lebih memilih waktu yang tepat untuk berbicara. Semoga Allah menjaga aib kita semua,

Sebelum ini, Adira telah memfailkan penceraian buat kali kedua ke atas suaminya, Datuk red dikeranakan tiada lagi persefahaman antara mereka.

image is not available 2 months ago

"Jika Ada Usaha Untuk Kembali Semula.." - Mahkamah Menetapkan 5 Mac Tahun Depan Bagi Keputusan JKP Adira & Datuk Red