Diana Danielle Akhirnya Dedah Apa Yang Dirasai Sebelum Rujuk Semula Dengan Farid Kamil

Entertainment
23 Sep 2023 • 12:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil membuat keputusan untuk bercerai tetapi pada 31 Ogos yang lalu, mereka memaklumkan sudah pun rujuk semula.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Tiktok Jamu Mutyara memaparkan Diana Danielle berkata bahawa dirinya sangat memerlukan Farid disisi.

https://www.tiktok.com/@mutyarabeauty_hq/video/7281077687093923079

Bahkan, sempat memberi perumpamaan bahawa dia bergantung nyawa dengan Farid bagi menggambarkan bertapa penting lelaki itu dalam hidupnya.

Tanpa saya sedar bertapa pentingnya dia dalam hidup saya.

Dalam pada itu, Diana merasakan Farid mampu melindunginya dalam segala perkara dan apabila dalam tempoh tiada suami disisi, pelakon tersebut merasakan ‘kehilangan’ serta rapuh.

Biarpun dia menikmati masa bersendiri, Diana tetap tidak dapat melupakan Farid dan mahukan pengarah tersebut kekal dalam hidupnya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.