Diana Danielle imbau zaman hidup susah, tak mampu beli nasi lemak RM1 sebungkus

Entertainment
22 Jul 2024 • 9:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Diana Danielle imbau zaman hidup susah ketika bersama ibunya yang juga ibu tunggal dalam sebuah video podcast Debonair, baru-baru ini.

Menurut isteri kepada pelakon Farid Kamil, dia datang dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

image is not available

Diana Danielle imbau zaman hidup susah

Menerusi perkongsian di podcast Debonair, aktres berusia 32 tahun berkata, dia tidak mampu untuk membeli makanan dan terpaksa menumpang tempat tinggal di rumah kawan.

“Saya datang dari latar belakang yang sangat bawah. Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan. Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun.
“Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh singkat.
“Saya cuma bawa beg sandang dan berusia sekitar 10 hingga 12 tahun. Ibu saya jatuh sakit dan kehilangan perniagaan,”kongsinya.

image is not available

Nak beli nasi lemak sebungkus RM 1 pun tak mampu

Kongsinya lagi, dia pernah berasa tertekan kerana tidak mampu membeli beras, lebih-lebih lagi sebungkus nasi lemak untuk dimakan.

“Kami memang tak ada duit langsung. Nak beli nasi lemak sebungkus RM1 pun tak mampu. Itulah sebabnya saya mula berlakon dengan lebih serius,” katanya menerusi podcast di YouTube Debonair Podcast kendalian Deborah Henry.

image is not available

Disebabkan kejadian itu, Diana belajar untuk menghargai kehidupan dan tidak mengambil pusing kata-kata orang lain.

“Saya sedar kebendaan cuma kebendaan, duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya menentang itu kerana menjadi gangguan.
“Disebabkan itulah, saya rasa orang jadi tertekan kerana tidak dapat mencapai jangkauan masyarakat terhadap kita,” katanya.

Sumber: TikTok @debonair_podcast