Diana Rafar terharu askar bantu urusan cium Hajar Aswad – “Berkat doa anak2..”

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 3:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Diana Rafar

Pelakon dan penyanyi, Diana Rafar meluahkan rasa syukur apabila anak-anaknya berkelakuan baik ketika menunaikan umrah di tanah suci mekah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Diana atau nama lengkapnya Adiana Abdul Rafar di Insta-storynya, dia menganggap keberadaan anaknya sewaktu mengerjakan umrah adalah satu nikmat.

Diana Rafar

image is not available

“Ya Allah syukur, anak-anak tak meragam. Paling takut bila dengar orang kata dan menakutkan jangan bawa anak.

“Tapi Allah Maha Berkuasa, yakin dengan Allah. Anak rahmat tumpang rezeki mereka umrah kami dipermudahkan. Nikmat yang tak terhingga,” katanya.

Malah, isteri kepada aktor Zamarul Hisham itu turut berkongsi pengalaman manis apabila salah seorang askar telah membawanya keliling kaabah sehingga diberi peluang mencium Hajar Aswad.

Diana yakin dan percaya percaya berkat doa daripada anak-anaknya telah memudahkan urusannya untuk melakukan ibadah sunat tersebut.

Diana Rafar

image is not available

“Masa Diana bawa mereka depan kaabah Diana cakap doakan mama ya. Mama nak cium kaabah, tunggu kat sini jangan pergi mana-mana.

“Sekali Allah bawa Diana tak sedar Diana ada di Hijir Ismail ke Batu Yamani. Terus bawa ke Hajar Aswad dan cium dengan tenang tanpa ada sesiapa tolak.

“Dan balik ke anak-anak dalam keadaan menggigil, cakap dengan mereka terima kasih doakan mama, mama dapat semua penjuru kaabah tiba ada polis yang baik hati bawa mama.

“Diana yakin itu doa anak, Allah hantar polis (askar) tu untuk Diana Keliling kaabah, syukur Tuhan ku,” tambahnya lagi.

image is not available

Sekadar info, Diana mendirikan rumah tangga dengan Zamarul pada tahun 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun.

image is not available

Sumber: Instagram @Diana Rafar