Diancam boikot oleh netizen, Grab kembali aktifkan akaun rider ‘MatKibot’

22 Jun 2023 • 9:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru-baru ini, penghantar makanan yang menegur dua orang warganegara Singapura sewaktu mengisi minyak di dalam tong di pam minyak mendakwa akaun Grab miliknya telah digantung sejak 6 petang semalam dan pastinya menjejaskan pendapatannya.

Dah aktifkan semula

Namun begitu, menerusi posting yang dibuat admin syarikat E-hailing tersebut di Facebook Rakan Penghantar Grab MY, pihak mereka memaklumkan yang akaun pengguna TikTok dikenali sebagai matkibot sudah diaktifkan semula selepas siasatan dibuat.

Menurut mereka lagi, matkibot tidak disekat tetapi digantung sementara bagi menunggu siasatan dijalankan.

image is not available

Ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia

Dalam pada itu, matkibot juga telah memaklumkan yang akaunnya sudah boleh dibuka semula. Dia juga menyatakan yang pihak Grab turut mendapati dia tidak bersalah setelah siasatan dibuat.

image is not available

Terima banyak ancaman boikot

Sebelum ini, kebanyakan warganet mengancam untuk memboikot syarikat E-hailing tersebut kerana menyekat akaun penghantar makanan tersebut susulan viral dia memuat naik video menegur warga Singapura yang cuba mengisi minyak di pam minyak Iskandar Puteri, Johor pada 16 Jun lalu.

image is not available

Ada banyak food delivery lain!

image is not available

Ada yang harga lagi murah pun

image is not available

Jika benar memang nak uninstall

image is not available

Memang dah rancang boikot

 

image is not available

Berlaku pertengkaran sehingga warga Singapura tersebut cuba mengambil sesuatu di dalam bonet kereta bagi mengancam rider berkenaan.

Namun, pertengkaran berkenaan berjaya dileraikan selepas 10 minit berlaku oleh polis bantuan yang tiba di lokasi kejadian.

Sumber: Facebook Rakan Penghantar Grab MY, TikTok matkibot, Twitter