Dianggap Cuba Tumpang ‘Hype’, Sarah Yasmin Jadi Sasaran Troll ‘Harap Maklum’

LocalEntertainment
9 Apr 2026 • 8:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Selepas ‘menggegarkan’ industri hiburan tanah air menerusi pengakuan ‘berani mati’ sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan aktor Aliff Aziz, nama Sarah Yasmin sekali lagi menjadi perhatian.

Terbaru, pempengaruh Singapura itu menjadi mangsa ‘troll’ dalam kalangan netizen, selepas ‘mengusik’ selebriti kesayangan ramai, Bella Astillah dan adiknya, Didi Astillah. 

Gelombang troll dengan frasa ‘Harap Maklum’ itu bukan sekadar melibatkan netizen, tetapi turut disertai jenama terkemuka tempatan dan agensi kerajaan. 

image is not available

Ia dipercayai bermula daripada satu hantaran seorang pengguna, dipercayai rakan pempengaruh itu yang cuba mempertahankan wanita terbabit.

Menerusi hantaran berkenaan, pengguna tersebut mendakwa Sarah bukan seorang ‘penyondol’, iaitu istilah sering diguna pakai ketika ini ke atas mana-mana wanita yang menjalinkan hubungan dengan suami, tunang atau kekasih orang.

Hantaran terbabit kemudiannya dipetik dipetik semula pengguna lain dan mula dijadikan bahan sindiran secara meluas.

Tinjauan Getaran mendapati ruangan komen dan hantaran berkaitan dipenuhi dengan pelbagai variasi ayat menggunakan frasa sama dalam konteks berbeza, kebanyakannya berbentuk jenaka dan sindiran.

Seorang pengguna, Izzar, turut mempersoalkan fenomena tersebut dengan menulis, “Kenapa ramai ambil maklum ni?”, yang kemudian menerima ratusan tanda suka dan puluhan komen.

image is not available

Selain itu, pengguna lain turut mengaitkan frasa berkenaan dalam pelbagai situasi harian termasuk konteks perubatan dan kewangan, sekali gus memperluaskan lagi trend tersebut. 

Turut tular ialah satu perkongsian perbualan berkaitan pinjaman wang yang menggunakan frasa “harap maklum” sebagai elemen humor.

Terdahulu, Sarah Yasmin sebelum ini dilaporkan tampil membuat kenyataan menuntut penjelasan daripada selebriti, Bella Astillah dan adiknya, Didi Astillah selepas mendakwa pasangan adik beradik itu gagal menunaikan janji dibuat.

Tindakan Sarah menimbulkan kecaman ramai yang melihat perbuatannya sebagai satu cubaan untuk menumpang tempias glamour Bella.

Sekadar info, nama Bella ketika ini menjadi bualan selepas selamat menjalinkan ikatan pertunangan bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hujung Mac lalu. 

Pasangan dua sejoli itu difahamkan bakal melangsungkan perkahwinan Jun tahun ini. - Getaran, 9 April 2026

View Original Article